Monday, 26 December 2011

Kepentingan Bahasa Melayu dalam menyatupadukan masyarakat


Nama :ROSLINDA BINTI GAZALI
Tingkatan: 5 GEMILANG

Kepentingan Bahasa Melayu dalam
menyatupadukan masyarakat

Pada tanggal 1957,Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.Sejak detik pengisytiharan tersebut,bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.Bahasa Melayu adalah satu daripada bahasa yang di terima dan di gunakan oleh rakyat di sesebuah negara.Sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggan Negara.Oleh itu,sebagai bahasa rasmi kebangsaan,bahasa Melayu amat penting dalam menyatupadukan serta menyemarakan perpaduan dalam masyarakat.

Terdapat banyak kepentingan bahasa Melayu dalam menyatupadukan masyarakat seperti selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan,bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat prasekolah dan pengajian.Selain itu,bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dalam institusi pendidikan.Kamus Dewan ada mendefinisikan bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam mesyuarat manakala bahasa ilmu pula ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga di peringkat tinggi.Antara contoh yang jelas ialah calon yang megambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  wajib lulus subjek bahasa Melayu.Kesannya nanti,memudahkan calon-calon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.Selain itu,senang untuk mencari pekerjaan dari pihak kerajaan.

Umum mengetahui,dengan penggunaan bahasa kebangasaan,masyarakat di satupadukan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara kaum lain dapat di wujudkan tanpa ada sebarang kecurigaan.Dengan langkah ini,perpaduan antara masyarakat dapat dilaksanakan dengan aman dan harmoni.Oleh itu,semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.Keadaan ini akan meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.Khusus untuk membantu perpaduan kebangsan supaya ia berkesan sekaligus dapat melancarkan komunikasi pelbagai kumpulan  etnik dan masyarakat berbilang kaum atau pelbagai dialek.

Selain itu,bahasa Melayu menjadi bahasa cemerlang dalam perbinaan negara bangsa Malaysia.Sebagai masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah menjadikan bahasa ini lebih baik dan di hormati walaupun negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Hal ini akan membentuk satu identiti dan nilai murni serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air dalam diri.Perkara ini harus di pupuk dan di semai dalam diri setiap rakyat bagi memperkukuhkan lagi bahasa Melayu. Ada peribahasa yang mengatakan “hilang bahasa,lenyap bangsa” yang bermaksud apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi, maka lambat-laun hilanglah bangsa itu.

Seterusnya,bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata yang paling tajam dalam merealisasikan  konsep 1 Malaysia.Sejarah membuktikan bahawa perpaduan sukar untuk di capai sekiranya masyarakat masih berdegil hendak membawa aluan sendiri dan tidak mahu bersatu.Menerusi idea Perdana Menteri Malaysia yang ingin membentuk Gagasan 1 Malaysia melalui satu bahasa dan satu suara.Hal ini dilaksanakan bagi menyatupadu serta mengeratkan lagi ukhuwah antara rakyat.Maka perpecahan,penindasan,pergaduhan,pembunuhan dan peperangan tidak akan terjadi kerana rakyat saling bertolak ansur antara satu sama lain seperti “tali yang tiga lembar itu,tak mudah putus”. Dimana rakyat sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan.

Di samping itu,bahasa Melayu di jadikan sebagai alat komunikasi.Hal ini kerana negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan memerlukan satu bahasa kekal untuk bertutur.Dengan adanya satu bahasa ini,maka senanglah untuk rakyat berkomunikasi antara satu sama lain.Sememangnya bahasa ini mudah di fahami oleh seluruh lapisan masyarakat.Penyatuan rakyat dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh di wujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.Di sini nanti,akan wujudnya negara yang aman,teratur dan rakyatnya yang berbudi bahasa.Kata-kata ini terbukti dalam peribahasa “air jenih,ikannya jinak”.

Seterusnya,bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.Selaras dengan konsep “rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan”. Nikmat daripada kesejahteraan rakyat,maka dapatlah merealisasikan pencapaian melalui ilmu pengetahuan.Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan,perubatan,saians dan teknologi,ekonomi,perdagangan dan sebagainya.Dari sinilah rakyat Malaysia akan bersaing secara sihat sesame sendiri dalam memajukan negara.Sumber-sumber manusia yang akan terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan Negara.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah,bahasa Melayu yang dahulunya hanyalah “bahasa kedua” akhirnya menjadi bahasa pengantar,bahasa ilmu,bahasa komunikasi dan bahasa yang  menggungkapkan pelbagai jenis ilmu.Oleh yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan perananya sebagai bahasa ilmu dan usaha memperluaskan bahasa Melayu harus di giatkan dari semasa ke semasa.Jdi,tidak usahlah kita mempersoalkan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi apabila  rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah,majikan,jurujual beli di pasar raya  juga kita sering mendengar bahawa bahasa Melayu di ujarkan dan dilaungkan.

Kesimpulannya,penggunaan bahasa Melayu sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat memang sudah tidak boleh di sangkal lagi.Sudah terang lagi bersuluh,ia banyak memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tediri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Sesungguhnya,keindahan bahasa Melayu begitu halus  sehingga menusuk kalbu. Bak kata perpatah “yang kurik itu kundi,yang merah itu saga,yang baik itu budi,yang indah itu bahasa”


‎-DARI BIDANG BAHASA (PANITIA BM)MENGARANG ESEI TERBUKA TEMPAT PERTAMA..- (^_^) akhirnya menang jugak... Yelah ... tak sangka blh menang... Sebab pada mulanya,saya cuma suka2 je antr karangan nie.. Akhirnya,Karangan ini terpilih menjadi johon.. tarikh diumumkan 21 september 2011.. Walaupun hanya pertandingan yang ckg SMK Bandar Samariang anjurkan untuk bln bhasa,tapi penganugerahan ini sangat bermakna.. Dengan ini juga ,semakin bertambah semangat dan cinta saya pada bahasa melayu... ALLAHUAKBAR-

No comments:

Post a Comment