Monday, 26 December 2011

Kepentingan Bahasa Melayu dalam menyatupadukan masyarakat


Nama :ROSLINDA BINTI GAZALI
Tingkatan: 5 GEMILANG

Kepentingan Bahasa Melayu dalam
menyatupadukan masyarakat

Pada tanggal 1957,Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.Sejak detik pengisytiharan tersebut,bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.Bahasa Melayu adalah satu daripada bahasa yang di terima dan di gunakan oleh rakyat di sesebuah negara.Sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggan Negara.Oleh itu,sebagai bahasa rasmi kebangsaan,bahasa Melayu amat penting dalam menyatupadukan serta menyemarakan perpaduan dalam masyarakat.

Terdapat banyak kepentingan bahasa Melayu dalam menyatupadukan masyarakat seperti selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan,bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat prasekolah dan pengajian.Selain itu,bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dalam institusi pendidikan.Kamus Dewan ada mendefinisikan bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam mesyuarat manakala bahasa ilmu pula ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga di peringkat tinggi.Antara contoh yang jelas ialah calon yang megambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  wajib lulus subjek bahasa Melayu.Kesannya nanti,memudahkan calon-calon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.Selain itu,senang untuk mencari pekerjaan dari pihak kerajaan.

Umum mengetahui,dengan penggunaan bahasa kebangasaan,masyarakat di satupadukan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara kaum lain dapat di wujudkan tanpa ada sebarang kecurigaan.Dengan langkah ini,perpaduan antara masyarakat dapat dilaksanakan dengan aman dan harmoni.Oleh itu,semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.Keadaan ini akan meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.Khusus untuk membantu perpaduan kebangsan supaya ia berkesan sekaligus dapat melancarkan komunikasi pelbagai kumpulan  etnik dan masyarakat berbilang kaum atau pelbagai dialek.

Selain itu,bahasa Melayu menjadi bahasa cemerlang dalam perbinaan negara bangsa Malaysia.Sebagai masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah menjadikan bahasa ini lebih baik dan di hormati walaupun negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Hal ini akan membentuk satu identiti dan nilai murni serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air dalam diri.Perkara ini harus di pupuk dan di semai dalam diri setiap rakyat bagi memperkukuhkan lagi bahasa Melayu. Ada peribahasa yang mengatakan “hilang bahasa,lenyap bangsa” yang bermaksud apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi, maka lambat-laun hilanglah bangsa itu.

Seterusnya,bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata yang paling tajam dalam merealisasikan  konsep 1 Malaysia.Sejarah membuktikan bahawa perpaduan sukar untuk di capai sekiranya masyarakat masih berdegil hendak membawa aluan sendiri dan tidak mahu bersatu.Menerusi idea Perdana Menteri Malaysia yang ingin membentuk Gagasan 1 Malaysia melalui satu bahasa dan satu suara.Hal ini dilaksanakan bagi menyatupadu serta mengeratkan lagi ukhuwah antara rakyat.Maka perpecahan,penindasan,pergaduhan,pembunuhan dan peperangan tidak akan terjadi kerana rakyat saling bertolak ansur antara satu sama lain seperti “tali yang tiga lembar itu,tak mudah putus”. Dimana rakyat sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan.

Di samping itu,bahasa Melayu di jadikan sebagai alat komunikasi.Hal ini kerana negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan memerlukan satu bahasa kekal untuk bertutur.Dengan adanya satu bahasa ini,maka senanglah untuk rakyat berkomunikasi antara satu sama lain.Sememangnya bahasa ini mudah di fahami oleh seluruh lapisan masyarakat.Penyatuan rakyat dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh di wujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.Di sini nanti,akan wujudnya negara yang aman,teratur dan rakyatnya yang berbudi bahasa.Kata-kata ini terbukti dalam peribahasa “air jenih,ikannya jinak”.

Seterusnya,bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.Selaras dengan konsep “rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan”. Nikmat daripada kesejahteraan rakyat,maka dapatlah merealisasikan pencapaian melalui ilmu pengetahuan.Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan,perubatan,saians dan teknologi,ekonomi,perdagangan dan sebagainya.Dari sinilah rakyat Malaysia akan bersaing secara sihat sesame sendiri dalam memajukan negara.Sumber-sumber manusia yang akan terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan Negara.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah,bahasa Melayu yang dahulunya hanyalah “bahasa kedua” akhirnya menjadi bahasa pengantar,bahasa ilmu,bahasa komunikasi dan bahasa yang  menggungkapkan pelbagai jenis ilmu.Oleh yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan perananya sebagai bahasa ilmu dan usaha memperluaskan bahasa Melayu harus di giatkan dari semasa ke semasa.Jdi,tidak usahlah kita mempersoalkan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi apabila  rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah,majikan,jurujual beli di pasar raya  juga kita sering mendengar bahawa bahasa Melayu di ujarkan dan dilaungkan.

Kesimpulannya,penggunaan bahasa Melayu sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat memang sudah tidak boleh di sangkal lagi.Sudah terang lagi bersuluh,ia banyak memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tediri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Sesungguhnya,keindahan bahasa Melayu begitu halus  sehingga menusuk kalbu. Bak kata perpatah “yang kurik itu kundi,yang merah itu saga,yang baik itu budi,yang indah itu bahasa”


‎-DARI BIDANG BAHASA (PANITIA BM)MENGARANG ESEI TERBUKA TEMPAT PERTAMA..- (^_^) akhirnya menang jugak... Yelah ... tak sangka blh menang... Sebab pada mulanya,saya cuma suka2 je antr karangan nie.. Akhirnya,Karangan ini terpilih menjadi johon.. tarikh diumumkan 21 september 2011.. Walaupun hanya pertandingan yang ckg SMK Bandar Samariang anjurkan untuk bln bhasa,tapi penganugerahan ini sangat bermakna.. Dengan ini juga ,semakin bertambah semangat dan cinta saya pada bahasa melayu... ALLAHUAKBAR-

Insan yang datang dan pergi...


Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.

Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

Wednesday, 21 December 2011

Adik lelaki saya suka ni...

dia kata .. "kakak2... letak ni dlm blog akak.. cantik kakak... letak terus kakak erkk... "
‎______________$$$$$$$
_____________$$$$$$$$$
____________$$$$$$$$$$$
____________$$$$$$$$$$$
____________$$$$$$$$$$$________________$$$$$$$$_______$$$$$$$$
_____________$$$$$$$$$_______________$$$$$$$$$$$_____$$$$$$$$$$$
_____$$$$$$_____$$$$$$$$$$__________$$$$$$$$$$$$$___$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$__$$$$$$_____$$$_______$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
___$$$$$$$$$$$$$$$$_________$______$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
___$$$$$$$$$$$$$$$$______$__$_______$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
___$$$$$$$$$$$$$$$$_____$$$_$________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
___$$$$$$$$$$$__________$$$_$_____$$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$____________$$_$$$$_$$$$___$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
______$$$__$$__$$$______________$$$$______$$$$$$$$$$$$$$$$$$
___________$$____$_______________$__________$$$$$$$$$$$$$$
___________$$____$$$____________$$____________$$$$$$$$$$
_______________$$$_$$$$$$_$$$$$__________________$$$
________________$$____$$_$$$$$
_______________$$$$$___$$$$$$$$$$
_______________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
_______________$$_$$$$$$$$$$$$$$__$$
_______________$$__$$$$$$$$$$$___$_$
______________$$$__$___$$$______$$$$
______________$$$_$__________$$_$$$$
______________$$$$$_________$$$$_$_$
_______________$$$$__________$$$__$$
_____$$$$_________$________________$
___$$$___$$______$$$_____________$$
__$___$$__$$_____$__$$$_____$$__$$
_$$____$___$_______$$$$$$$$$$$$$
_$$_____$___$_____$$$$$_$$___$$$
_$$_____$___$___$$$$____$____$$
__$_____$$__$$$$$$$____$$_$$$$$
__$$_____$___$_$$_____$__$__$$$$$$$$$$$$
___$_____$$__$_$_____$_$$$__$$__$______$$$
____$$_________$___$$_$___$$__$$_________$
_____$$_$$$$___$__$$__$__________________$
______$$____$__$$$____$__________________$
_______$____$__$_______$$______________$$
_______$$$$_$$$_________$$$$$$$__$$$$$$
__________$$$_________________$$$$$ -dz-

BACALAH WAHAI SAHABAT KU!!!..GERENTI NANGIS KTKORG!!!.. :'(

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak perempuan dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Friday, 16 December 2011

KUASA GURU DISIPLIN PELAJAR

Tengah baca akhbar metro yang bertarikh 8 ogos 2011.. satu topik yg menarik minat saya.. iaitu "KUASA GURU DISIPLIN PELAJAR"

            Dimana menceritakan BEZA "BUDAK SEKOLAH DULU DENGAN BUDAK SEKOLAH SEKARANG"begitu ketara dimana pelajar zaman dulu,apabila di rotan hingga lebam di tangan atau di punggung kerana tidak membuat kerja sekolah yang guru berikan adalah perkara biasa.
             Mereka tidak akan mengadu kepada sesiapa pun lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana jika mereka tahu,akan bertambah lebam kena rotan.
             Pelajar sekarang terlalu manja.Jika di jentik sedikit atau di cubit oleh guru yang ada bekas lebam saja,mulalah ibu bapa datang ke sekolah mengadu kepada guru besar.
             Tidak cukup dengan itu,mereka akan membuat laporan polis dan memanggil pemberita untuk kejadian di siarkan kepada seluruh rakyat malaysia.
             Jika inilah sikap kebanyakan ibu bapa yang kerjanya suka mengadu hingga ke peringkat Kementerian Pelajaran hanya kerana denda cubit atau ketuk ketampi,bererti kuasa guru untuk mendidik dam mendisiplinkan pelajarnya menjadi terhad.
              Tindakan ibu bapa murid ini akan mematahkan semangat guru untuk mengajar adab dan adat ketika belajar berikutan itu,ada antara guru kini membiarkan saja murid nakal dam tidak berdisiplin itu.
              Maka lahirlah murid tidak lagi menghormati guru kerana kini di belakang pelajar ada ibu bapa yang sanggup menyerang sesiapa saja yang cuba "mencubit"anak mereka.
              Ibu bapa perlu lebih rasional kerana tiada guru yang yang merotan hingga patah patah tangan atau patah riuk tulang muridnya kerana segala yang dilakukan itu hanya sebagai pengajaran yang menunjukkan keprihatinan guru yang sayangkan muridnya supaya menjadi manusia yang berguna..........

-Akhbar METRO, 8 oGOS 2011-

Saya masih ingt lagi sajak ini... Yang muallim saya sendiri sampaikan ..
bacalah... hayatilah.....


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

~Kerinduan melanda diri setelah terkenangkan taman ilmu ...Semoga ALLAH memberi kesempatan kepadaku untuk singgah ke Taman ilmu itu lagi agar dapat daku bertemu dgn muallim ku semula... amin ~ ♥ ♥ ♥ :'(


sungguh ya muallim,aku sangat rindu padamu...





Sunday, 11 December 2011

~Mengimbas kembali....~-Penyelesaian Matematik Mudah-

-Tersenyum seorang diri bila terkenangkan zaman sekolah... Kenangan -kenangan itu,tidak mungkin terpadam begitu saja dlm ingatanku.. namun... ia semakin segar dlm ingatan-
-Sila baca arahan:
Anda di minta menjawab semua soalan dengan tepat.Anda di beri masa selama 60 saat untuk menjawab dan menyelesaikan semua perkiraan matematik yang mudah.Anda perlu membaca semua soalan dengan teliti.Semua simbol di ubah seperti berikut.Perkiraan darab menjadi tolak,bahagi menjadi tambah,tolak menjadi darab dan tmbah menjadi bahagi.Selamat berjaya!!!

1.2x1=
2.4x2=
3.4-2=
4.5-5=
5.10-5=
6.20-1=
7.10+5=
8.6+3=
9.20+5=
10.8x4=
11.15x5=
12.35x5=
13.3-3=
14.4-4=
15.-16.-17.-18.-19.-20.-(semua tok adalah bahagi)
__________________________________________________________________

Assalammualaikum wbt..hahahah..Rasa mahu ketawa aku hari ini bila mengimbas kembali gelagat kawanku apabila menjawab soalan matematik tadi..ckg Nik kata"boleh pandang-pandang,jangan pegang-pegang"..heheh..siap berlagu gik ckg Nik lok..kacak juak suara ckg Nik duhal..Kami semua ketawa..Hati sudah berdebar..Mana tak nya..Soalan matematik..Sedangkan masa itu,BM.. Ckg kata lagi,"masa yang di beri adalah 60 saat.Sediakan peralatan..pen,pensel,pemadan..sila keluarkan..Boleh guna kalkulator"..Dalam hatiku berkata"mustahil li wak ckgu brk soalan mt bah...doi..."


"Boleh mula sekarang"...dengar arahan itu,semua dah gelabah..kawanku (Sabrina),org bulaknya,dah mau abis..Tapi,aku sedang leka membaca soalan..Pada mulanya ,aku letak jawapan no 1=2 juga,...Hati berkata jawapan itu salah..Aku imbas kembali soalan itu..Hahahah...aku di permainkan..serta merta aku mengubah kembali.masa sudah mau tamat..Aku masih buat soalan 14...



Masa tamat!!!...itulah perkataan yang aku dengar ,tika aku hendak menulis jawapan nombor 15..huuuuuh..rasa tidak puas hati,kerana aku belom siap...kawanku semua dah siap..tapi.......ckg kata..."baca soalan"..kami pun bacalah..semua org seolah -olah hairan..ada yang hendak padan jawapan mereka..Ckg Nik asyik tersenyum jeee..dan ckg Nik baca balik soalan itu dengan nyaring..


Ckg Sebut jawapan nombor 1 sampai 4.."siapa yang betul,sila angkat tangan?"...serta-merta aku angkat tangan..Ckg Nik pergi ke meja pelajar yang menggangkat tangan tadi bagi membuat kepastian...Sampai ckg ke mejaku,ckg berkata..."Ini betul sebab saya tengok dia baca soalan tadi"..aku membalasnya dengan senyuman..(^_^)


****PENGAJARANNYA***
janganlah membuat kerja dengan tergopoh-gapah..kerana peribahasa melayu ada mengatakan"sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna"..Tidak berguna lagi jikalau kita menyesal di kemudian hari...perpatah arab ada berbunyi "masa itu ibarat pedang yang tajam..andai kita terleka walau sesaat pun,pedang itu akan membunuh kita..masa akan memancung kita"tapi,tidak semestinya kerja itu harus di lakukan dengan tergesa-gesa...percayalah teman,"bumi mana yang tak di timpa hujan kan??"... manusia tidak terlepas dari membuat kesalahan..belajar lah daripada kesalahan itu..pasti kita akan lebih matang..(^_^)..assalammualaikum wbt...

Kisah Orang desa dengan isterinya...

Cerita bermula....tentang orang desa...
Walaupun tinggal di tempat yang terpencil,bolehlah juga bercakap kalau setakat bahasa inggeris seperti I’m sorry ,no,thank you dan mengira one,two,three sampai ten.Kalau bernasib baik,kadang-kadang dia teringat sampai eleven.Suatu hari,org desa dan isterinya pegi ke pekan..Dalam keadaan yang seronok melihat gerai yg menjual barang,org desa ni terlanggar lah seorg laki ni.. yoo..org putih lah pulak..Pertembungan itu menyebabkan bungkusan mee yang di pegang oleh orang putih tu terjatuh.Sambil memungut bungkusan mee untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut,orang desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut:
Orang Desa:I’m sorry..
Orang Putih:I’m sorry too…
Isteri Orang Desa (berbisik) :Abang,jawablah lagi…
Orang Desa: (kerana menyangka too ialah two,org desa pun berkata) I’m sorry three.
Orang Putih: What are you sorry for?
Isteri Orang Desa (berbisik):Abang,jawablah lagi…peramah betullah org putih ni….
Orang Desa: (kerana sangkakan for ialah four,orang desa pun menjawab) I’m sorry five…
Teman Orang Putih: Dear,I think this man must be sick….
Isteri Orang Desa (berbisik):Abang,jawablah lagi…..tengok tu,teman dia pun peramah juga..
Orang Desa: (Oleh kerana ingatkan sick ialah six,orang desa pun terus menjawab) I’m sorry seven..
Teman Orang Putih:Come on,dear.I’m afraid…
Orang Desa: (mendengar kata-kata afraid,orang desa ini menyangka eight,lalu dia berkata…)..I’m sorry nine…
Orang Putih: (melihat teman nya kurang selesa)…Sorry, I really don’t understand…
Orang Desa: (mendengar perkataan understand yg bunyinya macam ten,lalu dia berkata I’m sorry even (tersasul tatkala terlalu ghairah hendak menyebut eleven)
Orang putih dan temannya terus berada dalam keadaan yang terpingga-pingga..Malah org putih tu bertambah terpingga-pingga kerana panggilan singkatan namanya ialah even!
Orang Putih: Do you know me? (bertanya lagi orang putih itu sebelum dia beredar..)
Isteri Orang Desa (berbisik):Dia Tanya apa lagi tu abang?? Mesra betullah org putih ni…
Orang Desa: (dengan selamber suaminya menjawab sambil memandang ke arah mee yang di pegang orang putih tersebut)..Dia tanye,aku nak mee ke?
Isteri Orang Desa (berbisik): ehh,jangan terimalah abang.. entah halal atau tidak!...
Orang Desa: (dengan cepat berkata kepada org putih), no, thank you..
Kemudian mereka terus beredar ke gerai yang lain..Ternyata dialog seketika tadi telah Berjaya meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada orang desa itu..Si isteri teramat bangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang….

*PENGAJARANNYA: Jika ilmu itu sedikit,sedikit juga lah peranan yang boleh kita mainkan ..Di sini kita boleh lihat,bertapa pentingnya dalam menuntut  ilmu ..(^_^)menuntutlah ilmu sampai ke liang lahad firman Allah "sekiranya lautan2 di dunia ini menjadi dakwat xkn hbs utk menulis ilmuKu"..



Mampukah aku....

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama....

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku...
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Sememangnya layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah..
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Kuinginkan jua ketabahan jiwa
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....






Mampukah aku......

..Nothing speciaL.. but,

++++++++++█████████████████████+++++++++++
+++++++++++███████████████████++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++██████████++++++++++++++++
++++++++++█████████████████████+++++++++++
.
+++++++███████++++++++++++++++++++++++++++
+++++███+++██████+++++++++++████████++++++
++++██+++██████████++++++████++++++███++++
+++██++█████████████++++███+++█████████+++
++██++███████████████++██++█████████████++
++█++██████████████████+++███████████████+
+██+██████████████████++█████████████████+
+██+██████████████████+██████████████████+
+█+██████████████████++███████████████████
++███████████████████████████████████████+
++███████████████████████████████████████+
++++████████████████████████████████████++
++++███████████████████████████████████+++
+++++█████████████████████████████████++++
++++++████████████████████████████████++++
++++++███████████████████████████████+++++
+++++++█████████████████████████████++++++
++++++++██████████████████████████++++++++
+++++++++████████████████████████+++++++++
+++++++++++█████████████████████++++++++++
++++++++++++███████████████████+++++++++++
++++++++++++++███████████████+++++++++++++
++++++++++++++++███████████+++++++++++++++
+++++++++++++++++████████+++++++++++++++++
+++++++++++++++++++████+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++++
.
++++++++++++++++++++++█+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++
++++++++++++++█++++++++++++++++++++██+++++
++++++++++++████++++█+█++█++++++███+++++++
+++++++++++████++++██+█++█++++███++██+++++
+++++++++++██+++++++██████++███++++██+++++
++++++++███++++++++++█++█+++++++++++██++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++███+++
++++++++++++++++++++++█++++++++█++++██+█++
++++++++++++███++++++██+++++++███++++█+██+
+++++++++++████+++++++█+++++++████+++█++++
+++█++++++██++█+++++++██+++++++█+██++█++++
++█++++++██++██+++++++██+++++++██+█++██+++
++█+++++██+++█++++++++██+++++++██+█++██+++
++██+++██+++██++++++++██++++++++██+++██+++
++███████+++██++++++++██++++++++██+++██+++
+++████+++++█+++++++++██++++++++██+++██+++
++++++++++++██++++++++██+++++++++█+++██+++
++++++++++++███+++++++███+++++++██+++█++++
++++++++++++███████████████++++███+++█++++
+++++++++++++█████████++█████████+++++++++
++++++++++++++++████++++++█████+++++++++++
O Allah, O Karim,
Please have mercy on me,

O Allah, O Karim,
Please forgive me for the sins I committed in the past
And those I will commit in the future.

O Allah,
Have mercy on all the Muslimeen,
And guide them.
Guide me O Allah,
And guide my parents,
My siblings, my cousins,
My aunts and uncles,
My nephews and nieces and so forth.

O Allah,
I ask You to strengthen my iman and those around me.
I ask You to soften my heart
And to soften the hearts of the believers.

O Allah,
Forgive me for my shortcomings, for only You are perfect.

O Allah,
Please forgive me if I ever got too wrapped in a matter
That I didn’t have time to utter Your name.

O Allah,
Please forgive me for all the salat I missed
Because of ignorance or laziness,
Please forgive me for all the fasts I didn’t make up,
Thinking it was “alright, since I fasted most of the days anyway”.

O Allah,
Please forgive me
For the pound I never dropped into the metal cup for the homeless man begging on the street.

O Allah,
Please spark the love of Islam in my heart and in the hearts of every single Muslim
Until it gets implanted in their children and their children’s children and so on.

O Allah,
I ask that You help me for I am weak
And will only grow stronger by Your strength,
So Allah please strengthen me
To fight Shaytaan and his whispers.
And if I ever fell into his trap
And followed my desirer,
Then sincerely forgive me,
For that displays not only my weakness,
But Your greatness as well.

O Allah,
Please lighten the punishment in the grave
For those before us and those after us.
Please Allah, lighten the punishment
And please shed light into every Muslim’s grave.

O Allah,
If I ever was too afraid
To stand up for Your deen
Because of what others would think
Then forgive me, for I was a fool for doing so.

O Allah,
Please protect me and each Muslim,
And protect especially the orphans and the widows.

O Allah,
Please strengthen the faith
Of the destitute Muslims around the world,
So they have hope to live.

O Allah,
If I ever forgot to do dua for even one suffering Muslim,
Then forgive me for then it is, as I haven’t done dua for the entire ummah.

O Allah,
Please be the light of my eyes, ears and heart.

O Allah,
Please be the light on the sides of me
And the light behind me
And the light in front of me.

O Allah,
Please forgive me
For all the foul words I spoke
Either out of ignorance or
Because I was trying to be “cool”.

O Allah,
Please forgive me
If I never stopped to think about You,
Due to “other important things”

O Allah,
Please forgive me
For not having enough time
Or creating time for reading the Quran.

O Allah,
Please forgive me
For listening to music
And watching movies and t.v.

O Allah,
Please forgive me
For all the yelling I’ve done
And the arguments I’ve been in.
For the only time
The voice should be raised
Is for Your praises!

O Allah,
Please forgive me
For my disrespect towards my family,
Elders, siblings and so on.

O Allah,
Please forgive me for any backbiting I have been accused of,
Whether I did it consciously or unconsciously.

O Allah, Rab al-Alamin,
Forgive me,
Forgive me for everything.
So for everyone,
Every single Muslim,
Dead or alive,
I do dua that You forgive them for all their sins.

O Allah,
Please.. please.. please..
Help the suffering Muslims 
of Kashmir, Palestine, Chechnya,
Bosnia, Gujarat, Nigeria,
Iraq, Afghanistan and everywhere around the world.
Please O Allah, make the Mujahideen victorious,
And let the beauty of Islam reign!

O Allah, give victory to the Muslims!
O Allah, please let true Islam reign!
O Allah, please increase our knowledge of Your deen and this world.

O Allah,
Please help us all and guide us,
For You are everything to us.

O Allah,
I cannot stress how much I ask for Your forgiveness and Your guidance.

O Allah,
I fear You
I fear You soooo much words cannot describe.
I fear the day when I will meet You,
And I WILL meet You.
When we are one on one,
And I have no one’s help or support.
No one can take the blame for me
Nor I for them.
The only thing I will have
Is a little book given to me by You
That has my deeds.

O Allah,
Please forgive me for my thoughts,
For even though I get sinned for my actions,
I cannot help but feel guilty for my thought
And I ask You to forgive me for them
And to clear my mind of any impurities
Until You become the only thing on my mind.

O Allah,
Please forgive me
If I ever did anything out of gain
For this life and not for Your pleasure.
If I did anything to “show off”
Then please forgive me for that.

O Allah,
I do dua that You grant us all God-fearing spouses
And grant us righteous children.

O Allah,
I do dua that You continue to strengthen this ummah until the Day of Resurrection.

O Allah,
Forgive me for whatever I have not mentioned,
For I am bound to forget
…but You,
through Your greatness…
You never forget.

O Allah,
Please grant all the Muslims Jannah-tul-Firdaus.

O Allah,
I ask that You shed Your mercy
On all the Prophets (peace be upon them)
And on all the Angels (peace be upon them).
Lastly, I do dua
You shed Your mercy
On the Prophet Muhammad (peace be upon him),
His family and companions.
I do dua that You grant Muhammad
The highest station in paradise.

Rabanna Aatina
Fiduniya Hasanah
Wa Fil Akhirati Hasanatanw,
Wakina Azabannar..
Wakina Azabannar..
Wakina Azabannar..

Aameen~