::~Pak cik ini telah selamat menunaikan haji di mekah bersama-sama dngan anak dan isterinya ..Tapi dia pulang seorang diri ke negerinya kerana anak dan isterinya telah meninggal dunia sewaktu di mekah.Dia tingal seorang diri .Bertapa sedihnya pak cik ini setelah kehilangan anak dan isteri.Namun semua itu dia terima dengan redha.Apabila sudah berada di negerinya sendiri,pak cik ini tidak lagi bergaul dgn jiran tertanga.Senyuman jiran langsung tidak di perdulikan.sehingga jiran bersangka buruk padanya.Jiran-jiran mengatakan yang pak cik ini sombong setelah menerima status haji.Pak cik ini hanya keluar dari rumah apabila hendak ke masjid sahaja.Pada malam hari,rumah pak cik ini hanya gelap gelita tanpa ada satu pun cahaya lampu.Satu hari .. seorang anak kecil ingin mengetahui masalah pak cik ini .. Dia lalu mendekati pak cik ini..
si anak:assalammualaikum pak cik..(sambil menghulurkan tangan untuk bersalam)
pak cik:waalaikummusalam .. siapakah anak ini? (tanpa menghulurkan tangan )
si anak: (hairan..dia perasan satu benda..rupa-rupanya pak cik ini buta.. lalu bertanya) adakah pak cik buta?
pak cik:ya nak ..(dgn slamber)
si anak:(terkilan)..pak cik duduk dgn siapa di rumah ini? mana isteri dan anak pak cik?
pakcik:pak cik duduk seorang diri .. isteri dan anak pak cik meninggal dunia sewaktu dimekah
si anak:kenapa pak cik tidak buka lampu sewaktu mlm?
pak cik:untuk apa lampu di pasang nak.. pak cik tidak perlukan lampu.. pak cik tak nampak apa-apa pun nak ..tak ada gunanya cahaya itu melainkan kamu yang nampak ini nak.. pak cik hanya bergantung pada ALLAH .. biarlah ALLAH sahaja yang mengetahui segalanya ..
Si anak:pak cik dah buat jiran-jiran salah sangka .. mereka mengatakan yang pak cik sombong . mengapa pak cik tak nak bagi tau jiran yang pak cik buta?
pak cik :biarlah nak .. pak cik tak nak mengadu pada manusia .. biarlah ALLAH saja yang mengethui segalanya nak..~::
Subhanallah .. lantas aku mengalir air mata apabila melihat semuanya